Jumaat, 15 Ogos 2014

MANISNYA NIRA NIPAH





assalamualaikum....
      Pernah tak anda merasa keenakan dan kesegaran air nira nipah sebelum ni. Ramai orang di luar sana yang tidak tahu keenakan dan kesegaran air ini. Ada juga yang pernah rasa tetapi tidak tahu bagaimana untuk medapatkannya. Menurut kebanyakan orang yang pernah merasa air ini mereka mengatakan air ini mampu memberi kesegaran kepada tubuh badan mereka. ada juga berpendapat air ini mampu menguragkan dan menyembuhkan penyakit batu karang dan tekaan darah tinggi. sejauh mana keberkesaannya wallahu'alam... Anda cuba dan lihat sendiri kesannya.Oleh itu saya nak berkongsi pengalman saya bagaimana proses untuk mendapatkan air nira nipah ini dari A-Z.

      Pokok Nipah merupakan sejenis pokok palma yang hidup di kawasan yang berair sama ada air masin ataupun air tawar. Kebanyakan pokok ini hidup di tepi sungai, paya atau di tepi laut. Pokok ini  mudah membiak melalui benihnya iaitu buah nipah.

Pokok nipah boleh hidup di kawasan air masin dan air tawar..


      Terdapat dua jenis pokok nipah yang biasa kita lihat iaitu Nipah Padi dan Nipah Gajah.(berbeza tempat berbeza nama) Kenapa ia dipanggil dengan nama tu saya pun tak tahu kenapa. Tetapi terdapat  perbezaan antara nipah padi dan nipah gajah. Nipah padi mempunyai buah yang lebih kecil, batang tandan buah yang lebih pendek dan warna batang tandan yang agak kekuningan. Manakala Nipah Gajah pula mempunyai buah yang agak besar, batang tanda yang agak pajang dan warna batang tandan yang agak kehijauan.

Nipah Padi

Nipah Gajah

   Berbalik kepada proses medapatkan air nira nipah, saya nak ceritakan serba sedikit proses permulaannya. Proses ini memerlukan kita membersihkan kawasan nipah yang semak dan terbiar dahulu untuk memudahkan kita berjalan. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan daripada binatang buas yang tinggal di kawasan tersebut. selepas kita bersihkan kawasan nipah kita taburlah belerang untuk menghalau binatang buas seperti ular dan sebagainya. 

Beginilah keadaan pokok nipah yang belum diproses.
    Seterusnya ialah proses pemilihan buah nipah yang elok dan berkualiti. Buah nipah yang elok ialah buah yang mempunyai tandan yang panjang, memiliki buah yang tidak terlalu besar dan terlalu tua dan mempunyai permukaan batang tandan yang licin. cukupla tuk harini esok tulis lagi......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan